Dah hampir 6 bulan berpisah dengan Shuhada, kali ni tular cerita Hafidz Roshdi bakal berkahwin dengan Athira 16 disember ni

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada pada hujung minggu ini. Memetik laporan, perkahwinan mereka bakal berlangsung pada malam 16 Disember di sebuah dewan yang bertempat di Selangor. Berdasarkan kad undangan yang tular, jelas tertera nama Hafidz dan Athira beserta masa, lokasi dan tarikh majlis perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Hafidz pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun bercerai pada 27 Julai lalu gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu Athira Yuhada. Hasil perkahwinan sebelum ini, Hafidz memiliki dua orang anak iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.