Sofyank umum isteri dah selamat bersalin anak sulung, tapi Zizan Razak punya komen buat ramai yang terhibur

Muhammad Sofian bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank merupakan seorang personaliti media sosial dan content creator yang dikenali dengan penghasilan video suntingan yang mempunyai kesan-kesan khas (CGI). Pada bulan Jun tahun lepas, Sofyank mengumumkan dia sudah pun menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati selepas tujuh tahun perkenalan. Semalam, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan berita baik itu dikongsikannya menerusi laman media sosial miliknya.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ialah ruangan komen di posting Instagram Sofyank, antaranya komen dari selebriti tempatan Zizan Razak dan Farhan Mazlan. Di X juga tidak kurang hebatnya, apabila ramai warganet yang berseloroh atas berita gembira yang dikongsikan oleh Sofyank itu selain mengucapkan tahniah kepadanya.

Sofyank dalam pada itu turut membalas komen-komen yang mengucapkan tahniah buatnya dan isteri atas kurniaan buat keluarganya itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.