Baru beri bayangan nak berpisah, warganet sangka Hana Azraa kini sedang hamil

Desas-desus mengenai rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan dua isterinya, Ain Afini serta Hana Azraa yang dikatakan sedang retak pernah menjadi bualan beberapa bulan lalu. Menerusi laporan Gempak pada Oktober, Abu Sufyan atau PU Abu mengaku yang dia dan dua isteri bakal membawa haluan masing-masing. PU Abu berkata, seperti apa yang dikongsikan di media sosial, dia dan dua isteri bersepakat mahu membawa haluan masing-masing akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi hampir enam tahun. Klik sini untuk lihat video.

Namun, lain pula ceritanya apabila Hanna dilihat memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan dirinya mengunjungi sebuah pusat perubatan di Kedah. Selain itu, kelihatan bahagian perut Hanna sedikit besar, menguatkan dakwaan warganet yang wanita itu kini sedang hamil. Hanna juga menulis kapsyen yang memberi bayangan bahawa akan ada satu ‘anugerah’ yang bakal datang kepadanya. Meninjau ruangan komen, ramai menebak wanita itu kini sedang berbadan dua, tidak kurang mendoakan hal yang baik buat dirinya.

Untuk rekod PU Abu bernikah dengan Ain pada 2018 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.PU Abu kemudian berkahwin kali kedua dengan Hana pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen. Sebelum itu, Hana yang pernah bergelar ibu tunggal dan memilki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertama.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.