Tengah hangat pasal isu ciplak jenama sambal Khairul Aming, sekali ada pula individu yang pertahankan peniaga tersebut

Isu ciplak jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming oleh seorang peniaga di platform e-dagang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna. Namun, ada juga individu yang menyebelahi peniaga tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dianggap hanya meniru dan bukannya menipu. “Inilah perkara yang betul dibuat, dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak brand antarabangsa ditiru,” katanya di Facebook.

Menurut individu terbabit, perbuatan yang dilakukan oleh peniaga itu hanya memfokuskan kepada spilover jenama Khairul Aming. “Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.” Dia juga menekankan perbezaan antara melakukan perkara yang betul dengan melakukan perkara yang beretika. “Jangan keliru dengan membuat perkara betul dengan membuat perkara beretika. Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain.”

Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan individu terbabit telah dikritik kerana ramai yang menganggap pandangan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Malah, warganet menyangkal dakwaan individu itu berhubung jenama antarabangsa mengunakan cara tersebut dengan disertakan beberapa bukti berlaku kes saman-menyaman antara syarikat.

Sementara itu, Khairul Aming bertindak mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan sebanyak lapan tuntutan terhadap peniaga terbabit. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.