Selamba je boleh peluk kakak ipar, adik Syafie Naswip tampil buat permohonan maaf

ADIK kepada Syafie Naswip tampil membuat permohonan maaf susulan tindakan memeluk isteri pelakon berkenaan ketika majlis pernikahan pasangan itu pada 23 Disember lalu. Sapawi Johnson menjelaskan dia sedar tindakan tersebut menimbulkan rasa kurang senang masyarakat dan mengakui kesilapan yang dilakukan. “Berkenaan video saya peluk kakak ipar, saya mohon ampun dan maaf kepada semua yang kurang senang dan saya akui kekhilafan saya tentang hukum hakam.

“Tolong semua berhenti bergaduh sesama korang dan saya dah pun akui kesilapan saya,” katanya. Sapawi berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan potongan video dia memeluk Syafie selepas selesai majlis pernikahan aktor tersebut. Menerusi hantaran sama, Sapawi turut memohon maaf kepada abang dan kakak iparnya, Nur Afiqah Ishak di atas keterlanjurannya. Dia juga berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan selepas permohonan maaf dibuat selain berlapang dada dengan setiap komen dan teguran.

“Terima kasih yang menegur dan ada yang bagi kata-kata kurang manis untuk dibaca tapi saya akui kesilapan itu datang dari saya sendiri,” katanya lagi. Sebelum ini, Sapawi berkongsi video dia memeluk Nur Afiqah selepas majlis pernikahan selesai. Bagaimanapun perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dia bukanlah mahramnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.