USAHAWANÂ sensasi Kak KM terpaksa berputih mata selepas wang tunai miliknya berjumlah RM10,000 lesap ketika dia berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur, dua minggu lalu. Selain wang tunai, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu tiga buah beg berjenama mewah dianggarkan bernilai RM16,000 juga hilang dicuri. Dia mula menyedari perkara tersebut selepas mendarat di Kuala Lumpur dan mendapati terdapat kesan umpilan pada bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin.
“Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan. Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawat,” katanya ketika dihubungi. Susulan kejadian itu Kak KM tampil membuat laporan polis pada 29 November lalu. Kata Kak KM, dia sudah meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) syarikat penerbangan berkenaan serta ganti rugi sekiranya ia melibatkan kecuaian kakitangan mereka.
“Mestilah mereka ada rakaman CCTV. Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang,” ujarnya. Tambah Kak KM lagi, dia berani berkongsi perkara tersebut kerana pihak berkenaan seolah-olah sengaja mengambil mudah laporan yang dibuat. “Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang. Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang.
“Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.