Sering berkongsi aktiviti dengan anak anak, Raf Yaakob akui tak pernah tinggalkan anak anak walaupun dah berpisah

Sejak kebelakangan ini bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob dilihat sering berkongsi aktivitinya bersama anak-anak di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob menafikan bahawa dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa malah akan tetap menggalas tugas tersebut walau apa pun berlaku. “Yang banyak DM risaukan anak-anak, terima kasih kerana perhatian anda semua. Jangan risau tentang anak-anak, selagi Raf masih bernyawa, mereka akan memiliki semua kasih sayang dan komitmen saya sampai hujung nyawa.”

Raf juga menegaskan bahawa dia tidak pernah tinggalkan anak-anaknya meskipun gagal dalam kedua-dua perkahwinannya sebelum ini. Dalam pada itu, Raf berkata sebagai seorang bapa adalah wajib untuknya membesarkan anak-anak mengikut syariat agama dan adab yang baik. “Saya bukan jenis yang tinggalkan anak-anak macam tu je. Saya akan menyayangi mereka sama rata. Mereka adalah tanggungjawab saya. Saya akan didik mereka sehabis baik dalam soal adab dan agama, InsyaAllah.”

Pada November lalu, Mawar mengumumkan bahawa dia dan Raf akhirnya berpisah selepas hampir tujuh tahun berkahwin. Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.