Tergerak hati nak cari di kawasan tu, individu ini dedah keadaan Zayn semasa ditemui di tepi sungai

Berita kehilangan kanak-kanak autisme yang dikenali sebagai Zayn Rayyan akhirnya menemui jawapan apabila kanak-kanak tersebut ditemui pergi menghadap illahi di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada malam Rabu. Myt mngs yang berusia enam tahun itu ditemukan oleh sekumpulan penduduk kawasan sekitar yang menjalankan operasi mencari Zayn. Terbaharu, individu yang menjumpai myt Zayn iaitu Faizol Najib mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak menyangka akan menemukan jasad Zayn dalam keadaan yang tidak lagi bernyawa.

Menurut Faizol, dia hanya mengikut gerak hatinya untuk mencari di sekitar anak sungai tersebut meskipun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9). “Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring, dan bersama empat lagi penduduk, kami memeriksa keadaannya. Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.

Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah. Mungkin Allah makbulkan doa semua jemaah, dan menggerakkan hati saya untuk mencari di kawasan terbabit. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid turut mengesahkan penemuan myt mngsa. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui myt mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui.”

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai. Kehilangan Zayn itu mula disedari ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.