SELEPAS tular gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu ini, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya tampil menjawab khabar angin itu. Tidak ambil peduli spekulasi yang muncul, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata dia akan memaklumkan mengenai perkahwinannya dengan Athira Yuhada itu apabila tiba waktu sesuai. “Tunggu sahaja nanti. Saya akan kongsikan kepada semua,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Sebelum ini, tular kad undangan majlis penikahan Hafidz dan Athira yang bakal berlangsung di sebuah dewan di Selangor pada 16 Disember ini. Menerusi undangan tersebut, tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka. Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada sebelah malam. Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.
Sementara itu, Hafidz juga berkata dia mengetahui berita perkahwinan itu sedang menjadi bualan ramai warganet di media sosial. “Jika ada yang ucapkan tahniah, terima kasih saya ucap kembali. InsyaAllah ada berita baik nanti untuk saya kongsi,” jelasnya. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Pasangan itu bagaimanapun sah berpisah pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari adalah sah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.