Buat persiapan dalam masa 8 bulan, rupanya sebab ini Akhyar dan Eyka Farhana adakan 5 majlis resepsi

Advertisements
Advertisements

Pasangan merpati dua sejoli, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid bersyukur apabila majlis resepsi perkahwinan mereka berjalan lancar selepas lapan bulan membuat perancangan. Kongsi Eyka dan Akhyar, mereka lega apabila kelima-lima majlis resepsi yang diadakan di Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan itu dapat disempurnakan dalam masa dua minggu.

“Lega sebenarnya bila dah selesai kelima-lima majlis resepsi. Ibarat macam mimpi bila kami boleh selesaikan semua dalam masa dua minggu. Lapan bulan kami rancang, selepas saja bertunang terus kami buat persiapan. “Alhamdulillah, apa yang kami rancang terjadi dengan baik. Setiap resepsi kalau boleh kami mahukan kelainan,” ujar Eyka dan Akhyar.

Tambah Eyka, kelima-lima majlis resepsi tersebut diadakan kerana dia dan Akhyar mempunyai ahli keluarga yang ramai selain mahu memudahkan urusan semua pihak. “Punca terjadinya lima resepsi adalah sebab keluarga kami besar. Keluarga saya ada yang belah Melaka dan Kelantan. Keluarga besar Akhyar juga ramai di Kedah. Sebab kenapa kami buat lima resepsi adalah ramai ahli keluarga kami yang sudah tak larat nak travel jauh-jauh.

Contohnya kita buat dekat Kuala Lumpur untuk sesiapa yang berada di sana. Kita bagi semua orang merasa secara sama rata,” ujar Eyka. Dalam pada itu, pasangan ini mahu menunaikan impian keluarga besar mereka memandangkan Eyka merupakan anak sulung yang pertama berkahwin dalam keluarganya, manakala Akhyar pula adalah anak bongsu dan terakhir menamatkan zaman bujang. “Dalam keluarga saya, saya adalah anak pertama yang berkahwin, Akhyar pula anak bongsu dan terakhir kahwin.

Kami nak meraikan keluarga, kami tunaikan impian kelurga seperti keluarga Akhyar mahu majlis di Kedah, bapa saya juga nak adakan di Kelantan juga. Di Langkawi pula untuk rakan-rakan. Majlis juga tak bercampur dan semua dapat hadir,” kongsi Eyka. Untuk info, Eyka Farhana dan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selamat bernikah dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di The Lake Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Mei lalu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.