Ibu dh pergi menghadap illahi, nenek di Palestin tak dapat tahan rasa sebak terpaksa bagi cucu baru lahir minum air kosong sebab tiada bekalan susu

Tular di laman Instagram memaparkan seorang wanita warga emas Palestin tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib cucu lelakinya yang baru lahir beberapa hari kerana terpaksa minum air kosong ekoran ketiadaan bekalan susu. Menerusi hantaran dikongsikan Middle East Eye, wanita itu berkata, dia terpaksa memberi cucunya minum air susulan situasi konflik yang berlaku di Gaza pada ketika ini. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, nenek Palestin itu juga memberitahu, selain susu, dia juga tidak mempunyai lampin pakai buang untuk cucu yang juga anak yatim piatu setelah bapa bayi berkenaan meninggal dunia akibat kekejaman tentera Israel. “Saya tak ada cucu atau lampin pakai buang. Saya tak ada apa-apa untuk cucu saya.  Tiga anak saya terkorban dan saya tiada sesiapa lagi. Mana saya nak cari barang semua?” katanya dalam video tersebut.

Apa yang lebih meruntun jiwa, warga emas berkenaan mendedahkan anak lelakinya masih belum bertemu dengan zuriatnya sendiri kerana telah terkorban. Sehingga kini, jasadnya masih belum dijumpai dalam runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan rejim Zionis Israel. “Ini bayi kepada anak saya, dilahirkan di sekolah ini. Ayahnya (anak wanita tersebut) syahid selepas seminggu. Kami masih tak jumpa jasad ayahnya di bawah runtuhan. Dia menanti untuk melihat anaknya, tapi tak pernah jumpa. Anak saya terkorban tanpa bertemu zuriatnya,”luahnya.

Ceritanya lagi, sebelum ini dirinya menangis mengenangkan nasib tiga anaknya tanpa kehadiran bapa yang telah meninggal dunia 40 tahun lalu. Jelasnya, dia terpaksa membesarkan ketiga-tiga anak tanpa kasih sayang seorang bapa seorang diri sehinggalah mereka semua ‘pergi’ ke negeri abadi. Dan kini, cucunya pula terpaksa berdepan nasib yang sama iaitu menjadi yatim disebabkan bapanya telah syahid. “Saya menangis untuk anak saya setiap hari, saya tak ada sesiapa hanya ada cucu. Anak-anak saya sebelum ini yatim dan saya besarkan mereka seorang diri. Sekarang cucu saya pula menjadi yatim sebab ayahnya syahid,” katanya lagi.

Sumber: Borak Daily. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.