Ingat dalam tv je rupanya realiti pun ada, gelagat ayam pakai kasut buat ramai yang terhibur

Jika kucing dikenali sebagai haiwan peliharaan yang ada banyak gelagatnya, apa kurangnya dengan binatang ternakan seperti ayam. Seperti gelagat seekor ayam yang tular di media sosial baru-baru ini apabila ia memakai kasut bersaiz kecil dipercayai milik kanak-kanak. Video gelagat ayam itu memakai kasut telah dikongsikan di akaun Instagram pawfect.companions_412 dan sehingga kini telah meraih lebih dua juta tanda suka dari warganet. Ini kerana ramai yang terhibur melihat gelagat ayam itu berlari dengan memakai kasut bersaiz kecil untuk kanak-kanak itu. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ayam itu memakai kasut berwarna putih dan ia dilihat berlari laju walaupun pakai kasut. Apa yang kelakarnya ialah disebabkan pemakaian kasut itu, ayam itu hampir nak tergelincir apabila ia berlari di kawasan yang ada air. Namun, di akhir video dapat dilihat juga kasut yang dipakai oleh ayam itu hanya tinggal sebelah sahaja. Gelagat ayam memakai kasut itu telah membuatkan ada warganet yang tiba-tiba rasa macam nak pelihara ayam sendiri.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.