Isu tidak pandai menyiang ikan menjadi bualan hangat warganet selepas tular rakaman video yang memaparkan situasi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat terkial-kial ketika sedang menyelesaikan tugasan semasa siaran langsung. Ramai selebriti yang mempertahankan Sugeeta Chandran dan antaranya adalah pelakon, Zulin Aziz. Menerusi hantaran di Instagram Story, Zulin, 34, berkata ikan yang dijual kini boleh diminta untuk siap disiang, dipotong dan dicuci. Justeru, baginya, isu itu tidak perlu diperbesarkan di media sosial.
Dalam pada itu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz mengakui dia juga tidak pandai menyiang ikan dan memotong ayam. “Aku pun tak reti siang ikan, potong ayam. Potong sayur pun kadang bentuk love, segi tiga, petak, bujur, semua ada. Ikut suka hati aku.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.