Rumah dah selesai dicuci, Shila Amzah muat naik video terkini banglo di Hulu Langat

SELEPAS dua bulan terlibat dalam perbalahan keluarga berhubung isu rumah, penyanyi Shila Amzah akhirnya berkongsi keadaan terkini banglonya yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shila atai Nurshahila Amir Hamzah, 33, memaklumkan banglo berkenaan telah selesai dicuci dan siap sedia untuk dijual. “Alhamdulillah, akhirnya boleh buat lawatan banglo. Terima kasih sebab bersihkan… kalau Sha dengan Ubai buat memang jenuh kita orang,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, Shila juga sempat berkongsi persekitaran rumah banglo berkenaan yang dilihat sudah pun mula kosong. Menurut Shila rumah berkenaan dua tingkat dan mempunyai 12 bilik tidur yang rata-ratanya memiliki bilik air tersendiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat rumah berkenaan yang besar dan luas. Shila juga sempat membalas komen salah seorang pengikutnya dengan memaklumkan dirinya bakal menjual rumah berkenaan tidak lama lagi. “Ya Allah besarnya rumah ini. Memang jenuh nak menjaga dan mencuci bagai.

Rumah ini kalau duduk 10 orang pun tak sempit. Nampak dah tak berpenghuni, rumput pun dah panjang,” antara komen warganet. Pada Oktober lalu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual. Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.