Sepanjang setahun berkhidmat tak pernah datang lambat, Suraya tampil bongkarkan tabiat Shuib di konti

PENGUNDURAN Shuib sebagai penyampai radio Suria FM pada Isnin memberi kesan buat rakan setugas yang sama-sama mengendalikan segmen Morning Morning Suria. Suraya Borhan, 40, berkata, keserasian antara mereka termasuk seorang lagi penyampai iaitu Ajak mudah dibentuk sejak mula bersiaran pada Ogos tahun lalu. “Peluang bekerja dengan orang hebat bukan semua orang dapat tetapi saya merasai perkara itu. Shuib sangat membantu dalam pasukan kami. “Kami tidak pernah ada latihan bersama, senang bentuk keserasian sebab masing-masing tahu tugas mereka,” katanya.

Syura berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video ketika membuat ucapan perpisahan buat Shuib dan dilihat tidak dapat menahan air mata. Dalam pada itu, Suraya mendedahkan Shuib seorang yang tidak lokek berkongsi rezeki selain komited terhadap tugasnya di Suria FM. Malah kata Suraya, sepanjang setahun berkhidmat, Shuib tidak pernah lambat sampai ke konti dan sering belanja mereka bersarapan. “Dia tak pernah lambat datang konti. Terima kasih Shuib sebab selalu berkongsi rezeki dengan kami. Dia bayar sarapan kami setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, Suraya juga mendedahkan nama Prof Soneb yang merupakan salah satu watak dalam segmen mereka adalah ilham daripada anaknya yang sukar menyebut nama Shuib. “Inilah budak (anak) yang menjadi punca nama Prof Soneb. Puas ajar sebut Uncle Shuib tapi bunyinya tetap Soneb. Lepas itu segmen Prof Soneb dah jadi kegemaran ramai pula,” ceritanya. Untuk rekod, Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM pada 29 Ogos 2023 dan kontraknya berakhir selepas satu tahun tiga bulan di stesen berkenaan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.