Ada yang berpendapat sekiranya masuk GV peluang nak menang lebih cerah, sekali ini respon Shila Amzah

Seorang individu berpendapat sekiranya penyanyi Shila Amzah menyertai pertandingan All Stars Gegar Vaganza, peluang untuknya menang program tersebut lebih cerah berbanding menyertai Famili Duo 3. Individu tersebut meluahkan pendapatnya di ruangan komen pada sebuah hantaran yang dimuat naik Shila di Instagram. “Kalau join GV All Stars pasti peluang Kak Sha (Shila) menang lebih besar berbanding Famili Duo 3.

Komen tersebut telah menyorot perhatian Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah. Penyanyi berusia 31 tahun itu menjawab, segala yang berlaku merupakan takdir yang sudah ditulis Allah untuknya. “Semua tadkir sudah tertulis.” Pada perkongsian sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat rakan seindustri iaitu penyanyi Jaclyn Victor. Terdahulu, Shila dan adiknya Shahir merupakan salah satu duo daripada enam pasangan yang menyertai program nyanyian Famili Duo 3.

Shila dan Shahir bagaimanapun terpaksa akur apabila gagal melayakkan diri ke peringkat akhir. Untuk info, konsert akhir Famili Duo 3 yang berlangsung ahad lalu telah menyaksikan duo adik beradik Sharif dan Syaiful Zero dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM100,000.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.