Nafi letak kepala atas bahu Andi, Puteri Sarah akui masih tahu jaga batas

Pelakon Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan dirinya meletakkan kepada di bahu rakan perniagaannya yang berasal dari Indonesia, Andi Arsyil dalam sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Memetik laporan Harian Metro, aktres berusia 38 tahun itu berkata, dirinya pada ketika itu hanyalah berpaling muka ke arah Andi kerana masih tahu menjaga batas bersama lelaki bukan mahram.

“Saya hanya berpaling ke arah Andi. Saya tidak letakkan kepala dibahunya. Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung. Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka,” ujar Puteri Sarah. Tegas ibu kepada dua cahaya mata, dia meminta warganet agar tidak selalu mencari kesalahan yang dilakukannya sehingga ada yang tinggalkan komen negatif sewaktu berlangsungnya sesi siaran langsung.

Puteri Sarah berkata, dia masih tahu menjaga batas dan tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan mencalarkan namanya. “Malah ada juga yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika siaran langsung saya bersama Andi baru-baru ini. Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?,” katanya lagi. Jelas Puteri Sarah, Andi selalu menasihatkan dirinya agar tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa. Dia juga merupakan seorang rakan perniagaan yang selalu menjadi pendengar terbaik setiap kali Puteri Sarah berada dalam tekanan atau muruh disebabkan fitnah atay komen jahat yang dilontarkan oleh warganet.

“Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya  supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dengan mereka. Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif. Alhamdulillah saya dikelilingi dengan insan yang baik dan dia salah seorang individu itu,” kongsinya. Sebelum ini, tular video memaparkan bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof sedang menangis apabila warganet tinggalkan kata-kata hinaan kepadanya sehingga Andi meminta untuk memaafkan mereka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.