Nekad balik Malaysia sebab dapat tawaran kerja kerajaan, tapi tak sangka macam ni budaya kerja di jabatan kerajaan

Gambar sekadar hiasan

MENDAPAT tempat kerja yang dekat dengan kediaman dengan persekitaran sihat serta harmoni juga merupakan salah satu bentuk rezeki yang patut disyukuri. Kedua-duanya merupakan antara elemen penting yang memastikan seseorang dapat menyerlahkan prestasi serta produktiviti kerja dengan lebih baik. Baru-baru ini tular hantaran seorang individu meluahkan perasaannya yang kurang berpuas hati dengan persekitaran kerjanya sehingga nekad untuk kembali ke tempat kerja lama. Menurut individu berkenaan, dia merupakan seorang penjawat awam yang baharu pulang ke Malaysia selepas mendapat tawaran untuk berkhidmat di sektor kerajaan.

“Saya penjawat awam baru enam bulan kerja. Belum disahkan jawatan lagi. Sebelum ini saya bekerja di luar negara. Balik semula ke Malaysia kerana dapat tawaran kerja kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional atas niat untuk berkhidmat untuk negara. Saya tak expect culture kerja di jabatan kerajaan sangat slow (maaf cakap). Semua slow. Tambah dengan dua, tiga orang staf gred bawahan yang agak tak membantu melancarkan proses kerja seharian saya dan susah untuk diakses,” luahnya dalam grup Facebook Peguam & Pengguna Malaysia (PPM).

Individu tersebut turut menyenaraikan beberapa kelemahan yang diperhatikannya sepanjang enam bulan berkhidmat di tempat kerja barunya itu. “Pertamanya selalu hilang, tengah hari ambil anak, pukul 4 petang dah tak nak buat kerja, jika ‘minta tolong’ kerja dalam skop kerjanya selalu nantilah, nantilah. WhatsApp tak reply dan call tak angkat. Saya ada minta balik kerja dengan tempat kerja lama di luar negara tersebut dan dah dapat. Saya nak pergi balik sebab rasa tak boleh nak adapt dengan culture tersebut.

“Soalannya, jika saya nak resign, perlu notis satu bulan juga ke walaupun belum disahkan jawatan? Maaf saya tak ada niat nak burukkan mana-mana pihak. Cuma nak menjelaskan situasi jika ada yang salah faham kenapa nak berhenti kerja kerajaan,” jelasnya lagi dalam hantaran tersebut. Perkongsiannya meraih sehingga melebihi 1,300 shares di Facebook. Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman sendiri ketika berurusan di premis kerajaan.

“Saya dulu kerja swasta… disebabkan operation, saya cari kerja yang tak perlu oncall dan Alhamdulillah dapat di sektor awam. Memang culture shock dengan budaya kerja santai. Tak kurang juga dengan environment yang toksik. “Kerja gomen boleh lepak santai, keluar minum, ambil anak… seriuslah. Lepas tu masing-masing berkira nak perform. Sedih, tapi memang betul. Saya pernah kerja kerajaan dan swasta. Sikapnya menyedihkan.

“Itulah yang orang agungkan sangat. Sampai memilih jodoh untuk anak pun nak menantunya kerja kerajaan,” demikian komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.