Dah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, Che Ta dedah Zain Saidin tak pernah suruh Che Ta buat kerja rumah

SEPULUH tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Rozita Che Wan bersyukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam urusan rumah tangga. Rozita, 52, berkata, Zain tidak pernah mengarah dia melakukan kerja rumah atau pun menghalangnya pulang lewat ke rumah sekiranya mempunyai tugasan di luar. Bagaimanapun kata Rozita atau Che Ta, Zain sebaliknya bertegas mengenai perkara melibatkan agama iaitu solat dan menjaga aurat. “Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.

“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan… Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya. Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya. Rozita berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Zain yang kesepuluh. Dalam pada itu, Che Ta turut berpesan kepada golongan wanita mencari teman hidup yang bukan sahaja memiliki kemewahan.

Sebaliknya kata pelakon Kiam Pekasam ini, lelaki yang pandai menjalankan tanggungjawab sebagai suami sudah memadai untuk mendapatkan rumah tangga bahagia. “Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing. Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah.

Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama.” Sabtu lalu, Che Ta memaklumkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka terbantut selepas disahkan positif Covid-19. Walaupun semua persiapan sudah dibuat, Che Ta memilih membatalkan acara tersebut kerana bimbang akan menyebarkan virus berkenaan kepada tetamu. Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.