Tak nak masuk campur hal peribadi tentang pilihan hati, Datuk Yusof Haslam doakan Puteri Sarah bertemu jodoh dgn lelaki yang baik

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengharapkan agar menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik. Memetik laporan Harian Metro, Yusof Haslam berkata dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi Puteri Sarah terutama hal berkaitan pilihan hati. “Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.”

Bagaimanapun, penerbit berusia 69 tahun ini serta isterinya iaitu Datin Patimah Ismail tetap berdoa agar Puteri Sarah dikurniakan kegembiraan dalam perkahwinan yang seterusnya. “Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya. Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik.” Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.