Takut peti suara terkesan, Siti Nurhaliza dedah baru je sihat lepas dijangkiti covid 19

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya telah dijangkiti COVID-19 buat kali kedua, baru-baru ini Menurut Siti, dia bimbang jangkitan COVID-19 itu memberi kesan kepada peti suaranya yang kini semakin memulih. “Alhamdulillah, suara saya semakin pulih. Kalau saya menyanyikan lagu-lagu lama tu bunyinya lebih ringan. “Ini memang proses yang lama sangat, saya rasa ada lebih setahun. Tapi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada COVID-19, baru-baru ini dan ini baru saja habis kuarantin. Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa cuma batuk sahaja. Sebab tu sekarang bila kes makin meningkat tu saya lebih berhati-hati,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti ketika ditemui di Majlis Ukhwah dan Apresiasi Yayasan Nurjiwa Serta Pelancaran Tabung Sedekah Subuh di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini. Tambah Siti, dia hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja untuk bebas dari jangkitan tersebut dengan bantuan ubat-ubatan sampingan. “Selepas saya tahu saya kena hari tu pun saya terus ambil vitamin, antibiotik dan habis kuarantin dalam masa tiga hari sahaja. Bohonglah saya tak risau sebab kita menggunakan aset suara. Jadi, bila batuk berkahak itu memang sesuatu yang sangat mengganggu saya.

“Pada awalnya saya rasa sakit badan sangat, demam dan ini batuk. Harap cepat sihatlah dan tak ganggu peti suara saya,” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.