Tular pasal isu Sambal Nyet diciplak, sekali ini pula tindakan dari Khairul Aming

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan isu Sambal Nyet diciplak sehingga menjadi perhatian ramai terutamanya peminat setia pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming. Susulan daripada itu, Khairul Aming telah memuat naik video memberi respon keatas isu terbabit dengan memaklumkan yang produk keluaran syarikatnya, Sambal Nyet telah didaftarkan di MyIPO dan diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021. Disebabkan itu, dia sebagai pemilik sah memaklumkan yang telah mengenalpasti penjual terbabit dan peguamnya sudah menghantar letter of demand (LOD) untuk pencabulan Hak Harta Intelek dan Penghapusan.

Tambah usahawan itu lagi, pihaknya juga menyenaraikan lapan tuntutan dan jika mereka gagal penuhi kesemuanya, kes akan dibawa ke peringkat seterusnya. “Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021,” ujarnya.

Di akhir perkongsian tersebut, Khairul Aming menyatakan yang dirinya sangat menyokong para peniaga kecil namun hendaklah secara berhemah dan tidak menganiaya orang lain. “Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni,” katanya lagi. Terdahulu, beberapa gambar produk yang hampir mirip dengan Sambal Nyet telah tular di media sosial dan dijual meluas di atas talian. Ramai yang mengakui tertipu dengan produk tersebut memandangkan packaging dan cara mempromosikannya menyamai Sambal Nyet Berapi keluaran Khairul Aming.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.