Memang tiru sama sebijik, ramai yang minta Khairul Aming ambik tindakan pada produk ni

Tular di media sosial produk Sambal Nyet Berapi hasil air tangan pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) didakwa diciplak dan dijual di platform e-dagang Shopee. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Lut ッ memuat naik beberapa keping gambar memaparkan reka bentuk botol menyerupai sambal yang dijual oleh KA. Botol itu mempunyai pelekat berwarna merah, sama seperti pelekat yang digunakan oleh KA namun nama sambal tersebut telah ditukar kepada Sambal Nyet Khairi.

Lut menulis pada ruangan kapsyen bahawa pada awalnya, dia beranggapan ia hanyalah ‘troll’ atau gurauan tetapi ternyata Sambal Nyet Khairi ada dijual di Shopee. “Aku ingatkan troll, rupanya betul. Memang copy 100% Sambal Nyet Berapi Khairul Aming. Harga pun sama, murah 5 sen je,” katanya. Dalam pada itu, Lut menyifatkan individu yang menjual sambal itu tiada etika dalam perniagaan kerana mengambil jalan mudah untuk meraih keuntungan.

“Bagi aku, dia ni peniaga takde etika dalam perniagaan. Ni bukan masalah peluang tapi masalah etika perniagaan. Bina dan cipta kekuatan diri yang sebenar,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan peniaga tersebut dan menganggap dia menipu orang ramai. Pada masa sama, segelintir warganet juga mahu KA  mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga tersebut kerana pempengaruh itu telah mendaftarkan ‘trademark’ jenama sambalnya.

Meninjau ke platform Shopee pula, ramai pengguna yang mengatakan mereka ditipu kerana menyangka sambal tersebut adalah produk milik KA. Namun begitu, ada juga segelintir pembeli yang seperti tidak menyedari bahawa sambal itu bukanlah Sambal Nyet Berapi buatan KA. Dalam berniaga, sepatutnya penjual perlu bersikap jujur. Jangan ambil kesempatan meniru produk orang lain! Kesian KA penat berusaha dari bawah, ada pula individu yang menumpang nama.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.