Muat naik video ajar makeup, ramai yang puji wajah Watie Hanifiah tanpa makeup

Perkongsian terbaharu di Instagram milik isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri tumpan apabila memuat naik video memaparkan dia sedang menata rias wajahnya. Menerusi video tersebut, Watie dilihat menunjukkan cara-cara atau ‘tutorial’ dia menata rias wajahnya menggunakan beberapa jenis produk sebuah jenama. Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah turut berkongsi hasil sebelum dan selepas wajahnya disolek. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian wargamaya adalah wajah sebelum Watie memulakan solekan. Kata warganet, dia kelihatan lebih cantik dan wajahnya berseri tanpa secalit ‘make up’. Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan Watie memiliki kulit yang bersih dan berseri. Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights. Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.