Menyesal sebab tak fikir panjang, Zara Zya tampil buat permohonan maaf sebab adegan dipeluk aktor lelaki dalam teaser drama

Pelakon Zara Zya tampil memohon maaf susulan tindakannya melakukan adegan dipeluk aktor lelaki dalam teaser sebuah drama sehingga menerima kritikan hebat warganet, baru-baru ini. Ketika ditemui, Zara akui menyesal kerana tidak berfikir panjang mengenai akibat melakukan adegan terbabit. Bagaimanapun, aktres berusia 38 tahun itu mengakui kekhilafannya. “Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini.

Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya. Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas kalau saya terangkan, benda akan jadi panjang.” Zara berkata demikikan ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur yang diadakan di GSC Starling Mall, Damansara, pada Rabu. Dalam masa sama, Zara berkata adegan terbabit bukan sengaja dilakukan semata-mata ingin mencetuskan polemik atau kontroversi.

“Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi. Semestinya sedih tetapi nak buat macam mana, mereka yang hilang hormat kepada saya pun manusia biasa juga tetapi jangan terlalu ikut perasaan. Bagi saya peluang kedua untuk betulkan khilaf.” Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menegur dan yang kritik tidak mengapa harap dapat terima dengan hati terbuka

Sementara itu, pemilik nama lengkap Zainurul Razia meluahkan rasa gusar dengan tayangan naskah yang dilakonkan bersama Syarul Ezani itu kerana terlampau memikirkan penerimaan penonton. “Ini pertama kali saya risau apabila drama ingin keluar kerana memikirkan penerimaan orang tentang watak dan drama tersebut. Orang bijak akan nilai watak dengan kehidupan kita. Apa kesalahan saya, saya terima dan minta maaf. Saya tidak boleh tutup mulut tempayan dan juga enggan menegakkan benang yang basah.

Terdahulu, tular sepotong video teaser sebuah drama memperlihatkan Zara dipeluk dari arah belakang oleh pelakon Syarul Ezani. Susulan itu, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan adegan terbabit dan menyifatkan ia kurang sesuai dilakukan Zara dengan imejnya yang kini sudah berhijab. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.