Jadikan urusan harian lebih mudah, Nora Danish dedah suami pasang pengawal peribadi sebab dia selalu cuai

BAGI mengatasi masalah cuai dan sering lupa, pelakon Nora Danish mengupah pengawal peribadi bagi mengawasi dan membantu aktiviti hariannya. Kata Nora, 41, keputusan tersebut dibuat atas kehendak suaminya iaitu Nedim Nazri Aziz. “Saya pasang pengawal peribadi ini sebab kadang-kadang saya leka, barang selalu tertinggal, telefon pun entah kemana. “Ini suami yang pasangkan pengawal peribadi kepada saya sejak mula berkahwin lagi. Tapi bagi saya bersendirian lebih baik,” katanya. Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Kata Nora, kewujudan pengawal peribadi itu sedikit sebanyak menjadikan urusan hariannya lebih mudah. Malah, suaminya juga tidak perlu risau keselamatannya ketika berada di luar rumah. “Bila tiada pengawal, saya kena bawa kereta sendiri, suami pula telefon 24 jam sebab risau saya dekat mana. Jadi, dengan ada pengawal keselamatan ini, dia akan membantu saya banyak la,” ujarnya. Sementara itu, berkongsi pengalaman berlakon filem Sayu Yang Syukur, Nora berkata, pengarah iaitu Datuk Aaron Aziz mempunyai masa depan yang cerah sebagai sutradara.

“Di set pengambaran. Aaron memahami dan tidak seperti segelintir pengarah lain yang disifatkan sebagai besar kepala. Saya memang nampak dia ini mempunyai peluang besar dalam menjadi pengarah,” ujarnya. Sayu Yang Syukur akan ditayangkan di pawagam bermula pada 28 Disember 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.