Kes adik Zayn Rayyan masih dalam siasatan, tapi kucing K9 pula yang jadi perhatian warganet

Siasatan pencarian pembnh kanak-kanak autism Zayn Rayyan masih lagi diteruskan dan setakat hari ini sudah terdapat beberapa petunjuk namun suspek masih belum ditemui. Pun begitu, baru-baru ini tular satu klip di mana ketika operasi sedang dijalankan, terdapat seekor kucing lengkap berbaju seperti unit anjing pengesan K-9 polis. Perkara itu sedikit sebanyak menghiburkan warganet di sebalik berita sedih berkenaan pemergian adik Zayn Rayyan yang baru berusia 6 tahun itu. Klik sini untuk lihat video.

Dari klip pendek tersebut, dapat dilihat kucing berwarna hitam dan putih itu seakan turut serta dalam siasatan tersebut dan menghidu di sekitar kawasan tersebut. Ramai warganet terhibur dengan telatah si bulus itu dan ramai juga yang curious jika haiwan itu benar-benar membantu dalam pencarian tersebut. Difahamkan, kucing itu bukanlah sebahagian daripada unit K-9, sebaliknya dia hanya memakai ‘uniform’ tersebut, tetapi di sesetengah negara terdapat unit khas untuk kucing yang bertugas untuk mengurangkan populasi haiwan perosak seperti tikus.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.