Tak dibenarkan buat liputan kes, pegawai polis diberi layanan berbeza dari orang lain

Di Ipoh, Perak, pegawai kanan polis yang didakwa membnh pelajar lelaki berusia 17 tahun diberi kawalan ketat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, hari ini bagi berdepan dengan pertuduhan. Menerusi laporan Harian Metro, kawalan ketat luar daripada kebiasaan itu menimbulkan persoalan mengenai layanan ‘double standard’ dalam kalangan pengamal media yang hadir. Menurut pengamal media, liputan kes itu tidak dapat dilakukan seperti biasa sebagaimana pesalah lain yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan juga, jurugambar dan juruvideo yang menunggu seawal jam 7.45 pagi di pintu pagar mahkamah tidak menyedari ketibaan tertuduh yang sudah berada dalam kamar perbicaraan kira-kira 9.05 pagi. Bukan itu sahaja, beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh didakwa cuba menghalang laluan biasa digunakan oleh pengamal media bagi merakam visual orang kena tuduh (OKT) di mahkamah itu.

Ketika dibawa keluar dari kompleks mahkamah, tertuduh dipercayai dibawa menaiki pacuan empat roda hitam bercermin gelap diiringi empat kenderaan lain yang turut dinaiki anggota polis beruniform Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Malah, kesemua kenderaan itu dilihat dipandu laju melalui tempat pengamal media berhimpun untuk merakam visual. Sebelum ini, tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa atas tuduhan membnh pelajar Tingkatan 5 pada 15 Disember lalu. Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.