Bergegas balik rumah dan tinggalkan set Melodi, Ain Edruce dedah anak diserang sawan

PENGACARA Ain Edruce terpaksa bergegas pulang sebelum tampil secara langsung menerusi program Melodi pada Ahad susulan anak perempuannya diserang sawan akibat demam panas. Kata Ain atau Nurulain Edruce, 33, anaknya itu dalam keadaan baik ketika dia keluar rumah untuk ke studio sebelum mendapat panggilan memaklumkan keadaan Soraya. “Dalam pukul 10.30 pagi tadi (Ahad) dia bangun tidur macam gembira. Hati saya pun tenanglah. Saya bersolek untuk ke studio.

“Dah sampai di set, dah siap latihan dengan Bell Ngasri, kemudian dapat panggilan Soraya masuk hospital. Saya hubungi suami semula dan dia kata Soraya diserang sawan. Rasa gugur jantung saya. Dengan Melodi dah nak bermula… Tuhan sahaja tahu perasaan saya,” katanya. Ain menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar bersama Soraya yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Dalam satu perkongsian lain, Ain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah yang menunjukkan suaminya, Amirul Hafiz berdepan keadaan cemas itu. “Saya tengok video dekat CCTV. Sedih rasanya. Perkara ini terjadi betul-betul selepas saya pergi kerja. Anak menangis saya tiba-tiba tiada di rumah. Naik tinggi suhu badan. Soraya tak pernah sawan. Saya tidak tahu bagaimana Amirul boleh kawal situasi ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi Soraya sudah tiga hari demam sebelum ini dan kini masih menerima rawatan di hospital. “Soraya dah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi (Ahad) demam naik sehingga suhu badan 40 darjah. Sudah bagi ubat pun tak surut. Demam dia masih tinggi. Doakan dia sihat,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.