Terima kadar hujan yang tinggi, kawasan hijau di Makkah bertambah 600 peratus dalam masa 5 bulan

Keadaan tanah Arab pada ketika ini telah mencapai 600 peratus kawasan hijau dalam tempoh lima bulan yang lalu. Kejadian yang berlaku antara Ogos hingga Disember 2023 itu dikeluarkan oleh Pusat Pembangunan Penanaman Tumbuhan dan Menangani Kegersangan Gurun Kebangsaan. Keadaan itu berlaku susulan menerima kadar hujan yang tinggi mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Makkah. Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber akhbar Saudi Gazette, analisis data penderiaan jauh (remote sensing) angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan hijau dilitupi tumbuh-tumbuhan di Makkah pada Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi.

Gara-gara hujan lebat, keluasan kawasan hijau itu meningkat pada bulan seterusnya sehingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu. Menjelang Disember 2023 pula, kawasan dilitupi tumbuh-tumbuhan menjangkau 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah Makkah. Sebahagian besarnya adalah pada kawasan pergunungan dan tanah tinggi meliputi kawasan sekitar Makkah, Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.