Dah boleh keluar hospital, Ain Edruce kongsikan keadaan terkini Soraya lepas kena sawan

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce meluahkan rasa syukur selepas anaknya, Soraya sudah beransur pulih selepas diserang sawan pada Ahad lalu. Menerusi TikTok, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video memaparkan keadaan Soraya yang sudah dibenarkan pulang ke rumah. Dapat dilihat suami kepada Ain iaitu Amirul melompat kegembiraan bersama anak kesayangannya. Dalam pada itu, pengacara Melodi itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan Soraya. Alhamdulillah, Soraya dah ‘discharged’ dan aktif macam biasa di rumah. Soraya jangan bagi mommy dan dadyy takut dah tau, sayang Soraya.” Terdahulu, Ain berkongsi rasa cemasnya apabila mendapat berita mengenai Soraya yang diserang sawan ketika dirinya sedang menjalani sesi raptai program Melodi bersama Bell Ngasri. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.