Minta hutang dah macam minta sedekah, Puteri Sarah dedah usaha dapatkan balik RM26k belum berjaya

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyifatkan dia seperti seorang peminat sedekah apabila cubaan mendapatkan kembali wang miliknya berjumlah RM26,000 daripada seorang pegawai pemasaran gagal. Ini kerana kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, pihak berkenaan tidak mahu memberi kerjasama dengan baik namun tidak akan membiarkan haknya dirampas begitu sahaja. “Kita penat kerja, buat live siang malam tapi kenapa ada orang yang senang-senang saja ambil hak kita?

“Nak minta duit balik dah macam minta sedekah. Drama lain saya tak mahu tahu,” katanya. Dia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu. Dalam pada itu, Puteri Sarah tidak kisah sekiranya ada pihak mengatanya hanya kerana sanggup merendahkan diri asalkan dia mendapat kembali wangnya. “Awak mahu kutuk saya di belakang saya tak kisah. Yang saya tahu, saya mahu semula duit yang awak ambil. Sedar ke tak?,” katanya. Pada 3 Januari lalu, Puteri Sarah mendedahkan dirinya diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.

Katanya individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu. Puteri Sarah mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.