Alami vertigo sampai pengsan, lepas jalani MRI Fizo Omar dedah ini puncanya

Pelakon Fizo Omar memaklumkan penyakit resdung yang dihidapnya merupakan punca dia mengalami vertigo sehingga pengsan, baru-baru ini. Menerusi hantarannya di Instagram, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar mengesahkan perkara tersebut selepas menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI). “Selepas dibenarkan keluar dari hospital akibat vertigo tempoh hari, sekarang saya masih lagi dalam proses pemulihan. Tapi alhamdulillah sudah boleh bekerja.

“Apa yang perlu saya lakukan adalah senaman tertentu boleh dipanggil fisio juga dan masih ambil ubat-ubatan. Saya juga berjumpa pakar untuk faham apa itu vertigo, kenapa berlaku kepada saya. Bila jumpa dan buat imbasan MRI dan dapati untuk kes saya, puncanya adalah resdung. Saya memang ada penyakit resdung yang teruk. Disebabkan itulah saya terkena vertigo,” katanya. Selain itu, dia berharap perkongsiannya memberi kesedaran terutama kepada sesiapa yang mempunyai masalah resdung.

“Ia boleh sebabkan vertigo serta masalah lain kerana anggap remeh. Apapun, resdung saya tidak ketara, tak naik jerawat di muka atau simptom lain. Tapi saya tak selesa kalau bernafas, hidung saya tersumbat. Ingatkan saya cuma selsema. Rupanya saya ada resdung yang serius. Kepada yang ada simptom resdung, tolonglah pergi buat pemeriksaan ataupun selesaikan masalah itu dengan ubat-ubatan. Kesannya teruk kalau berada di tahap lebih serius,” jelasnya. Terdahulu, Fizo pernah mengalami kejadian terhantuk pada objek keras sebelum ini yang mana mungkin menjadi punca kepada masalah vertigo yang dialaminya.

Pada 18 Januari lalu, dia juga terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O kerana pengsan akibat vertigo. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.