Tengah usaha selesaikan isu melibatkan anak, Shakilla Khoriri minta warganet henti kritik bekas suami

PELAKON Shakilla Khoriri meminta warganet tidak mengecam bekas suaminya, Fizi Ali susulan isu melibatkan anak perempuan tunggal mereka yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri juga meminta orang ramai menghormati mereka yang sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan. “Saya faham kadang-kadang emosi itu tidak menentu dengan apa yang berlaku sekarang ini tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata yang tidak baik. “Tidak menulis yang bukan-bukan kepada siapa-siapa terutama kepada daddy Ameena Sofia (Fizi).

“Saya minta maaf cakap tentang benda ini tetapi sila hormat apa yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga sahaja yang lalui,” katanya. Perkara itu diluahkan aktres berkenaan ketika membuka ruang soal jawab kepada pengikutnya di Instagram Story. Sementara itu, Shakilla turut meminta supaya warganet tidak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif berhubung isu tersebut dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Ini kerana katanya, dia tidak mahu anak mereka membesar dengan perkara tidak baik tentang dia mahupun Fizi. “Jadi saya minta jasa kalian semua untuk berhenti menulis apa-apa. Tulis sahaja yang baik-baik, doa yang baik-baik. Terima kasih,” jelasnya. Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat beriumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian. Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Pada 22 Januari lalu, Shakilla dan Fizi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses sulh hak penjagaan anak mereka namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perpisahan pada Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.