Bersyukur sebab ada isteri yang hebat menghadapi ujian, Alif Teega hadiahkan Aisyah Hijanah cincin sempena ulangtahun kelahiran

Baru-baru ini, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun. Terbaharu, Alif Teega menitipkan ucapan istimewa buat Aisyah menerusi satu hantaran di Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani memuat naik video dia sedang memilih cincin buat isteri serta reaksi Aisyah apabila menerima hadiah tersebut. Dalam pada itu, Alif turut mendoakan agar urusan Aisyah sentiasa dipermudahkan Allah SWT. Klik sini untuk lihat video.

“Isteri saya meningkat usia ke-26 tahun. Alhamdulillah ! Semoga umur Aisyah berkat, dan diredhai Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, kurniakan jannatul firdaus. Selamat ulang tahun sayang.” Menurut Alif, sepanjang hidupnya bersama Aisyah banyak ujian dan juga rintangan yang telah mereka lalui, namun Aisyah tetap mampu menghadapinya segalanya. Tambahnya lagi, dia sentiasa bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang hebat dan kuat dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

“Selama Abang hidup dengan Aisyah, banyak ujian yang Aisyah lalui tapi Aisyah hadapi dengan baik. Itu menjadikan Aisyah istimewa, berbeza. Hidup ini sukar, tetapi tidak kira apa pun kehidupan yang menghampiri Aisyah, saya tahu awak boleh melaluinya. Abang kenal Aisyah, Aisyah wanita yang sangat hebat. Saya sentiasa bersyukur memiliki awak. Terima kasih atas kasih sayang awak yang tidak bersyarat.” Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Alif yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain. Tujuan perkongsian perkara tersebut kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.