Titipkan pesanan masa Hamdan pergi menghadap illahi, ramai yang tersentuh dengan kata kata Saiful Apek

Ukhuwah persahabatan itu tetap kekal walaupun kita sudah saling terpisah. Persahabatan yang dibina atas jambatan keikhlasan itu akan kekal sampai bila-bila biarpun kita sudah tiada lagi di dunia ini. Begitulah nasihat yang dapat diambil dari seorang pelakon komedi, Saiful Apek. Beliau yang memberi pesanan ketika pengebumian rakan seperjuangannya, Hamdan baru-baru ini telah mendapat perhatian orang ramai. Ramai yang tersentuh dengan apa yang lagenda lawak tanah air itu katakan. Korang boleh dengar dan ambil iktibar dari kata-kata Apek dalam video TikTok yang dikongsikan oleh akaun _timurbarat_. Klik sini untuk lihat bideo.

Tidak dinafikan, rata-rata netizen yang mendengar pesanan dari Apek ini tersentuh. Ada banyak iktibar yang boleh kita ambil dan jadikan pedoman dalam persahabatan berdasarkan apa yang Apek sampaikan. Nasihat dari seorang yang sangat wise memang penuh dengan kata-kata berhikmah. Ayat yang kita dengar pun sedap je cantik tersusun. Betul, dulu bila tengok Senario antara lima orang ahli kumpulan tu, Apek lah yang paling masuk air. Siapa sangka sekarang setiap kali bercakap, pasti ada diselitkan sekali pesanan. 

Min pun terkesan dengan kata-kata Apek dalam video ni. Terima kasih buat kami terhibur dulu-dulu, dan terima kasih juga sebab bagi pesanan untuk masa sekarang. Begitulah orang yang berseni. Apabila berkata, tetap indah dan puitis. Tetap menyentuh hati tak kira lawak atau bagi pesanan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.