Aliff Syukri akan keluarkan lagu raya lagi tahun ni, tapi Bonda Rozita punya komen jadi perhatian warganet

Seperti yang kita tahu, usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melancarkan lagu raya pada setiap tahun bagi menghiburkan lagi halwa telinga para peminatnya. Terbaharu, Aliff dilihat sedang berada di dalam sebuah studio rakaman bagi merakam lagu raya terbaharu bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa bulan sahaja lagi. Perkongsian tersebut dikongsikan sendiri isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida menerusi laman Instagram (IG) nya. Klik sini untuk lihat video.

Namun begitu, Shahida tidak ‘berani’ untuk berkongsi klip video nyanyian suaminya itu kerana risau para warganet mengalami kemurungan mendengarnya. “Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ini? Maaf lah ya tak boleh dengar audio takut korang kemurungan.” Hantaran tersebut pastinya mendapat perhatian wargamaya yang tidak sabar menantikan lagu raya yang bakal dilancarkan Aliff tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ialah ibu kepada Aliff iaitu Rozita Ibrahim turut tinggalkan komen dengan menegur anak lelakinya yang kini sudah menjangkau usia 40 tahun itu.

Menurut Rozita, Aliff sepatutnya tidak lagi terlibat dengan perkara tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dalam kalangan warganet dan orang ramai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.