Sampai menangis minta maaf, Shuk Sahar dedah dirinya pernah melawak sampai buat Anuar Zain terasa

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mendedahkan dirinya pernah membuat lawak dengan Anuar Zain sehinggakan penyanyi itu berasa terguris hati. Menerusi sesi podcast Okletsgo.sg, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia tidak menyangka lawak jenakanya itu telah menyebabkan penyanyi itu terasa hati kerana dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian. “Masa itu saya kena kendalikan konsert (jadi pengacara majlis) dan waktu itu tengah ‘rehearsal’. Saya ada cakap sesuatu yang sejujurnya saya tak ada niat nak mengata atau buatkan Anuar Zain terguris hati.

Nak dijadikan cerita, Anuar Zain yang ada di atas pentas ketika itu terus turun dari pentas sebab terasa dengan gurauan saya.” Melihat keadaan tersebut, Shuk kemudiannya bertemu dengan pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu untuk membuat permohonan maaf sebelum konsert berkenaan berlangsung. Apa yang menakutkan Shuk apabila Anuar tersinggung dan bertanyakan motif dirinya membuat lawak seperti itu. “Lepas itu saya jumpa PA Anuar Zain tanya dia, ‘Boleh tak saya nak jumpa dengan abang Anuar?’. Sebab konsert nak berjalan dah, tak akanlah saya nak bawa ‘mood’ yang tidak baik ke atas pentas.

Selepas itu, saya pun ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik Anuar Zain. Waktu itu dia tengah buat rambut, terus dia tengok saya dan kata, ‘Kau buat lawak apa tadi? Ingat kelakar ke benda itu?’ Saya bagitahu dia, ‘Saya tak ada niat nak cakap macam itu dan tak ada niat langsung nak kecil kan hati abang. Kalau abang rasa saya salah, saya minta maaf sangat-sangat’. Tapi dia diam saja lepas itu dia suruh saya keluar daripada bilik itu. Saya tahan mata, keluar dan bila saya tutup ja pintu bilik itu, saya terus menangis.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertanya-tanya apakah gurauan yang dilakukan oleh Shuk sehingga membuatkan Anuar Zain begitu terasa hati kepadanya. Dalam pada itu, ada juga yang memuji Shuk yang begitu terbuka untuk mengakui kesilapan yang dilakukan dan tidak segan untuk membuat permohonan maaf. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.