Mesra borak pasal rambut, ramai yang suka tengok Ameera Khan dan Meerqeen

Kemesraan yang ditayang antara pelakon kacak, Meerqeen dengan personaliti media sosial, Ameera Khan kembali menjadi perhatian warganet di media sosial. Berdasarkan pemerhatian, Ameera atau lebih mesra disapa LMK dilihat meninggalkan komen di hantaran gambar terbaru Meerqeen. Adik kepada selebriti dan usahawan Neelofa menegur penampilan rambut Meerqeen. Namun, aktor berumur 23 tahun bertanya di mana teguran itu dibuat. Jawab Ameera, 24, ‘dalam mimpi’ diikuti dengan ‘facetime.’

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam turut bertanya aktiviti yang dilakukan Ameera pada hari ini. Kata Ameera, dia akan membuat siaran langsung (live) bersama ibunya, Datin Noor Kartini. Terdahulu, heboh dalam media sosial mengenai keakraban antara Ameera dan Meerqeen selepas kelihatan mesra dalam satu video. Bagaimanapun, Meerqeen dan Ameera menegaskan mereka hanya kawan, bukan bercinta seperti diperkatakan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.