Disebabkan robot vakum punya pasal, Yana Samsudin kongsikan pengalaman terpaksa dikejarkan ke hospital

Banyak perkara yang perlu dijaga ketika mengandung, ketika ibu-ibu sedang sarat banyak perkara yang perlu diambil kira memandangkan badan mereka sedang dalam keadaan yang sensitif baik dari segi emosi dan fizikal. Terbaru, pelakon dan pengacara ternama tempatan, Nurliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin berkongsi pengalamannya terpaksa dikerjarkan ke hospital kerana diserang praeklampsia iaitu sejenis penyakit drh tinggi yang sinonim dengan ibu hamil.

Dalam Instagram miliknya, Yana berkongsi ianya berpunca apabila dua anaknya berkelakuan aktif sehingga dia tertekan. “Saya mula syak kejadian semalam bawa mudarat kepada diri sendiri. Ceritanya saya bawa anak-anak saya ke pejabat sebab saya tak ada maid. Mateen pun akan tuisyen malam di pejabat juga. Saya dah pesan dekat anak-anak hanya duduk bermain di dalam pejabat. Saya kata jangan keluar dari pejabat saya dan bermain di area staf lain sebab risau virus (Covid-19) mungkin ada lagi. Tapi dan nama budak-budak kan. Mereka main juga lari-lari,” tulisnya.

Pelakon Adnan Sempit itu mula ‘naik angin’ sejurus anak perempuannya makan penyapu robot vakum seperti lollipop. Yana menyedari kesihatannya merudum dan dan segera mendapatkan rawatan, setibanya di hospital doktor meberikannya suntikan bagi membantu menurunkan tahap tekanannya. Sebagai info, Yana Samsuddin kini sedang hamil lapan bulan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.