Tinggalkan bayi 9 bulan dan cri telefon bimbit, Datin Elvina luah rasa bengang bila pembantu rumah larikan diri

PELAKON Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa bengang selepas mendapati pembantu rumahnya melarikan diri pada Khamis. Kata Elvina atau Norzalina Mohamad, 30, wanita warga Indonesia berusia 39 tahun itu turut mengambil telefon bimbit dan tinggalkan anaknya berusia 9 bulan sebelum hilang tanpa dikesan. “Pembantu rumah saya lari tinggalkan anak saya berusia 9 bulan seorang diri. Dia telah bawa lari sejumlah wang dan juga telefon bimbit anak kami dan mungkin ada lagi barang-barang lain yang belum diperiksa,” katanya.

Elvina menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya meminta bantuan orang ramai mengesan wanita berkenaan. Tambah aktres ini lagi, dia juga mengesyaki wanita berkenaan sudah lama merancang untuk melarikan diri dan mengambil barang peribadi anaknya itu. “Geram betul rasanya. Pernah dengar dia tanya kata laluan telefon Karl (anak) untuk bantu buka. Rupa-rupanya sudah ada agenda. Dalam rumah ini ada dua orang pembantu rumah. Tugas dia hanya jaga dan basuh baju Maleeq (anak) sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Elvina berkata dia pernah melihat wanita berkenaan tidak menjalankan kerja dengan baik menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah. Meskipun sudah cuba menjaga kebajikan pekerjanya itu, Elvina tidak menyangka wanita tersebut sanggup tinggalkan rumah mereka dengan cara sebegitu. “Kerja dia tak berat pun. Bila saya tiada di rumah dan periksa CCTV dia sibuk berkaraoke, main TikTok dan main telefon. Anak dibiarkan sendiri. Apabila ditegur barulah dia buat kerja tetapi mata jeling CCTV.

“Awal bekerja dan buat cerita sedih beritahu susah hendak hubungi anak di kampung. Suaminya saya berikan duit supaya anak dia dapat beli telefon dan mereka boleh video call. Baru-baru ini dia pernah cakap tak pernah raikan sambutan ulang tahun. Walaupun saya dan suami sibuk kami balik juga belikan kek dan pesan makanan yang dia mahu,” ceritanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.