Kecoh bila ada yang dedah Chef Wan tak bayar ot dan potong gaji pekerja, tak boleh berdiam ini penjelasan dari tuan badan

Baru-baru ini kecoh di TikTok tentang seorang indvidu yang mendakwa Restoran Chef Wan telah menganiaya pekerja-pekerja restoran itu dengan tidak membayar OT (Overtime pay) dan gaji pekerja juga diturunkan. Dakwaan tersebut kemudiannya dikongsikan semula di platform X oleh warganet lain dan perkara ini telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial. Namun, Chef Wan telah tampil menafikan dakwaan dan tuduhan itu menerusi Instagramnya semalam agar tiada salah faham dalam kalangan pelanggan restoran dan juga warganet.

Chef Wan menjelaskan bahawa peranan beliau dalam Kumpulan Restoran Chef Wan hanyalah dari segi resipi, menu serta kualiti makanan, manakala hal ehwal pekerja pula ada di bawah tanggungjawab rakan kongsi perniagaannya iaitu Andre dan pasukannya. Selain itu, Chef Wan turut meminta penjelasan daripada rakan perniagannya serta pengurus restoran (GM) tentang dakwaan tidak bayar gaji OT pekerja terbabit. “Saya bertanya kepada rakan perniagaan dan pengurus besar untuk menjelaskan adakah dakwaan tersebut benar kerana perkara ini membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini. Saya diberitahu dakwaan itu tidak betul,” kata Chef Wan.

Difahamkan, memang ada pekerja restoran yang diberhentikan kerja atau dipotong gaji namun mereka diberhentikan kerana didapati tidak berdisiplin dan didapati telah menipu syarikat. Jadi, ada beberapa staf yang tak gembira dan memutuskan untuk berhenti kerja. Selain itu, Chef Wan turut mendedahkan bahawa ada pekerja yang sering bergdh dan perkara itu telah memberi kesan buruk kepada perkhidmatan dan makanan yang disajikan di restoran itu. “Tak kan mereka sampai tak boleh ditegur? Tak kan kita sebagai majikan nak tunduk kepada perbuatan-perbuatan fitnah atau ugutan mereka? Saya cuba untuk faham kedua-dua belah pihak kerana saya ingin mencari puncanya supaya nama saya tak tercalar,” tulisnya lagi di Instagram.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.