Mengaku diri sendiri isteri orang, akhirnya Dr Qaseh tampil jelaskan perkara sebenar

Semalam, usahawan Danny mendedahkan bahawa kekasihnya yang juga merupakan pemilik sebuah klinik di Klang, Selangor itu sudah pun berkahwin dan bersuami. Terbaharu, wanita yang dikenali Dr Qaseh, tampil menjelaskan perkara yang sebenar kerana enggan isu ini berpanjangan atau diperbesarkan. Memetik laporan Harian Metro, Dr Qaseh menjelaskan dakwaan mengenai statusnya sebagai isteri ketika sedang menjalin hubungan dengan Danny.  Qaseh juga mengaku apa yang berlaku adalah salahnya dan meletakkan kesalahan itu pada dirinya.

“Ya, saya isteri orang, saya akuinya dan apa yang berlaku adalah khilaf saya sebagai manusia biasa. Biarlah letak semua kesalahan itu pada saya.” Menurut Qaseh, dia sudah berkahwin sejak lima tahun lalu dengan adik angkatnya sendiri. Doktor yang berusia 37 tahun itu juga memberitahu bahawa Danny sudah tahu kisah yang sebenar dan meminta untuknya menguruskan perkara ini dengan suami sebelum meneruskan niat untuk berkahwin. “Saya memang sudah berkahwin lima tahun lalu dengan adik angkat dan Danny pada mulanya tak tahu hal itu.

Tapi selepas berlaku insiden seorang lelaki mengaku suami saya, barulah saya ceritakan kepada Danny dan ada bincang dengannya, dia minta saya uruskan dahulu apa yang patut dengan suami, selepas itu kami boleh meneruskan niat untuk bernikah. Tapi semalam, dia (Danny) keluarkan kenyataan di live TikTok, saya pula ada menontonnya dan sangat terkejut. Mulanya memang marah dan fikir tindakannya keterlaluan kerana cakap secara terbuka. Namun, kalau saya dan dia saling berlawan kenyataan… tak akan habis jadi lebih baik saya mengalah. Mungkin dengan cara itu, isu berkenaan akan berakhir.”

Qaseh turut mendedahkan bahawa perkahwinannya bersama suami bukan seperti pasangan lain, malah dia juga tiada mempunyai sebarang perasaan terhadap suaminya. Walau bagaimanapun, Qaseh tidak mahu berkongsi kisah peribadi mereka dengan lebih lanjut. “Dia (suami) juga pernah beritahu saya yang dia akan lepaskan, jika saya ada orang lain, begitu juga sebaliknya dan ditakdirkan, Danny hadir dalam hidup saya. Suami tahu tapi itulah, hati manusia ini berbolak balik dan mungkin sebab banyak campur tangan orang luar, perkara jadi macam apa yang tular itu.”

Ditanya mengenai hubungannya dengan suami, Qaseh memberitahu bahawa mereka sudah membuat keputusan untuk berpisah dan kini dalam proses memfailkan perpisahan. Tambahnya lagi, sebelum membuat keputusan untuk bercerai, mereka sudah pun berbincang dengan cara yang baik. Malah, perpisahan ini dibuat demi masa depan masing-masing. “Perpisahan itu bukan kerana saya nak teruskan hubungan dengan Danny tetapi demi masa depan masing-masing. Urusan dengan Danny pula, saya tak rancang berjumpanya dalam waktu terdekat, tetapi akan mengembalikan cincin nikah pemberiannya melalui kakitangannya.”

Qaseh berkata, selepas perkara ini terjadi, statusnya sebagai doktor diragui segelintir pihak, namun baginya cukuplah hanya dia ,keluarga dan rakan terdekat yang tahu status pekerjaannya. Dalam masa sama, Qaseh memberitahu bahawa perkara ini memberi kesan kepada emosinya kerana ia melibatkan keluarga. Disebabkan itu, Qaseh akan menyerahkan soal jodoh kepada Allah dan akan lebih berhati-hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

“Tapi selepas isu itu tular, saya terima mesej daripada mereka yang mahu saya diberhentikan kerja, mungkin kerana mereka rasa tidak puas hati dan menganggap hubungan saya dengan Danny hanyalah semata-mata kerana harta dan wang ringgit. Saya berlapang dada dengan sikap segelintir warganet dan tiada rasa marah atau dendam. Cuma tipu kalau saya katakan apa yang berlaku tak beri kesan kepada emosi…. sedikit sebanyak memang terguris kerana ia babitkan keluarga. Keluarga pun hentam saya awalnya tapi faham selepas saya terangkan perkara sebenar. Apapun, saya percaya Allah uji sebagai tanda Dia ingat dengan saya hamba-Nya.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.