Hari pernikahan bertukar jadi hari paling sedih, selamba je keluarga mertua ajak bekas kekasih suami naik pelamin

HARI pernikahan sepatutnya menjadi momen paling berharga untuk diingati mana-mana pasangan pengantin. Namun pengalaman berbeza dilalui wanita ini apabila hari bahagianya dicemari dengan kehadiran seorang tetamu wanita. Lebih menyedihkan lagi apabila keluarga mentuanya begitu menyambut baik wanita yang sebelum ini merupakan bekas kekasih suaminya itu. “Saya tak tahu nak cerita dekat siapa. Ingatkan ia hari bahagia saya, tapi tidak. Tiba-tiba bertukar menjadi hari paling sedih. Masa ustaz tu bercakap-cakap… saya nampak seorang perempuan ni masuk. Dia masuk dengan saudara mewakili keluarga belah suami.

Saya tahu perempuan ni bekas kekasih suami saya,” ujarnya meluahkan kesedihan tanpa mendedahkan identitinya. Luahan yang dibuat pengantin itu dikongsikan semula di laman X. Apa yang membuatkan wanita ini lebih terkilan apabila pihak keluarga pengantin lelaki begitu mesra melayan ‘menantu tak jadi’ berkenaan. Seolah-olah tidak menghormati perasaan pengantin, mereka malah memaksa tetamu wanita berkenaan naik ke pelamin untuk bergambar kenangan. “Masa sudah sah (bergelar suami isteri) tu. Nak bergambar dengan famili sebelah suami saya.

Awak tahu tak… adik-adik dia tarik tangan perempuan tu bergambar dengan keluarga mereka sekali. Tapi okeylah perempuan tu tak nak. Saya pun gembiralah. Tapi lepas habis tu adik dia cakap dekat perempuan tu… akak bergambarlah sekali dengan abang (Aqmal) dan ibu ayah. Saya pun okeylah… terpaksa senyum,” katanya. Sebagaimana diceritakan, dia memahami sejarah hubungan baik keluarga mentuanya dengan wanita berkenaan sebelum ini. Namun, sikap ahli keluarga suami sewaktu majlis berlangsung tidak dapat diterimanya sebagai menantu.

“Apabila perempuan tu datang dekat, ayah suami saya boleh cakap… patutnya engkau yang (ada) dalam gambar ni nak. Duduk sebelah pengantin lelaki. Hati saya hancur gla… sumpah. Ya, saya tahu perempuan tu memang kesayangan ramai termasuk pakcik makcik dia (suami). Mak ayah dia siap beritahu saya jangan pisahkan famili suami dengan perempuan tu. Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi sudah dianggap macam anak. Saya sedih sangat. Rasa seperti saya buat keputusan yang salah kahwin ni. Sumpah mood saya nak bersanding pun hilang. Saya menantu mereka kut,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib tidak baik dialami pengantin baharu ini. Rata-ratanya juga tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap keluarga belah pengantin lelaki yang begitu tidak sensitif terhadap perasaan menantu mereka. “Saya tak faham kenapa ada keluarga mentua kena berperangai macam ni. “Ala sedihnya, tolonglah elakkan bekas kekasih datang majlis perkahwinan walaupun dijemput secara baik oleh famili.

“Sedihnya… tolonglah ibu bapa jadi matang sikit benda macam ni. Pertama sekali, tak malu ke datang majlis bekas kekasih? “Kedua, kalau pakcik sedih, pakcik je kahwin dengan perempuan tu,” komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.