KURANG menerima tawaran lakonan pada tahun 2023, pelawak Fad Bocey memberitahu dia lebih aktif membuat siaran langsung atau live menerusi TikTok. Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 33, bagaimanapun bersyukur kerana meskipun kurang tawaran berlakon namun masih mencukupi bagi menampung keluarganya waktu itu. “Kurang tawaran berlakon ni sebelum main TikTok lagi dan memang tak berapa banyak sangat malah bagi saya ini mungkin ketentuan Allah dah tetapkan untuk saya.
Bagi saya sekarang ini kalau ada terima banyak job pun saya akan live di TikTok kalau kurang pun job pun sama juga sebab itu akaun saya dan seronok pula sekarang ini kerana tiada batas. Bukan apa rindu nak buat persembahan pentas sebab lama sudah tiada jadi lepaskan rindu di TikTok saja dan Alhamdulilah saya masih ada duit simpanan jadi itulah penyelamat kerana kerja macam kami ni tak menjamin apa-apa,” kata Fad.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.