Muat naik gambar isteri dengan kapsyen yang bersemut, Aiman Hakim Ridza buat ramai yang jeles

Seperti tidak mengendahkan kata-kata hinaan dan tuduhan yang dilemparkan pelakon Fathia Latiff terhadapnya, Aiman Hakim Ridza membuktikan ikatan perkahwinan dan hubungannya masih utuh dengan isteri, Zahirah MacWilson menerusi satu posting di Instagram ini. Menerusi perkongsian itu, Aiman yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-35 pada 17 Januari lepas mengakui bahawa Zahirah adalah hadiah hari jadinya yang terbaik setakat ini.

Aiman juga memuji isterinya sebagai seorang wanita yang hebat dan ibu yang terbaik buat anak mereka Isaac. Tambahnya lagi, Zahirah adalah satu-satunya perkara yang dia perlukan pada masa ini. “Dan tetap menjadi hadiah hari lahir yang terbaik setakat ini. Terima kasih kerana menjadi wanita yang hebat dan ibu kepada Isaac. Itu saja yang saya perlukan,” tulisnya. Posting ini juga mendapat balasan komen daripada Zahirah yang bertulis, “Awak saja yang saya perlukan! Love you sayang & suka sudut ini!”  Posting berkenaan sudah pastinya mendapat pelbagai respon warganet yang mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan dan ‘cemburu’ melihat kemesraan mereka berdua walaupun dilanda ujian ketika ini.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.