Tak masuk akal, individu ni jual pakaian dalam yang masam sampai boleh untung RM5k

Tak masuk akal! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan kisah seorang wanita yang mendakwa telah mendapat keuntungan besar hasil daripada menjual pakaian dalam yang telah dipakainya. Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di aplikasi X, seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat mendakwa dia telah menjual seluar dalamnya yang tidak dibasuh dengan harga mencecah ribuan ringgit. “Saya bekerja sebagai jururawat scrub (nurse yang assist doktor dalam bilik operasi). Nak bagi tips jual seluar dalam asham (berbau), biasa lepas operation seharian memang bau dia syahdu.”

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita itu memberitahu dia akan menyimpan pakaian dalamnya itu ke dalam beg plastik yang bertutup hanya untuk mengekalkan bau. “Pergi bilik persalinan, masukkan terus seluar dalam dan pakaian dalam dalam zilock beg, Dia akan preserve bau dia supaya lebih ‘kick’. Setakat ni, pelanggan puas hati. Untung RM5,000. Aku tak faham kenapa orang kritik aku jual seluar dalam. Cuba cari sikit fatwa atau undang-undang menunjukkan tak boleh jual seluar dalam sendiri. Kalau ada pembeli dan dia sanggup bayar, memang aku jual lah. Pernah jual satu lingerie RM1,000.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamanya akui jijik dengan tindakan tidak masuk akal wanita berkenaan. Malah mereka tertanya-tanya adakah benar wujudnya individu yang memiliki fetish menghidu pakaian dalam yang terpakai.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.