Nak tengok wayang dengan tenang punya pasal, Madammu sanggup beli tiket satu panggung

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau dikenali sebagai Madammu berkongsi momen meluangkan masa pergi ke sebuah panggung wayang dengan suaminya. Namun, apa yang mendapat perhatian warganet ialah dia memaklumkan bahawa dia membeli semua tiket wayang untuk sebuah panggung kerana mahu menonton dengan tenang. “Disebabkan kita nak tengok movie dengan penuh ketenangan! Kita beli semua seat,” tulisnya di Instagram Stories (IGS). Klik sini untuk lihat video.

Malah, dia juga mengakui bahawa dia seorang yang berpersonaliti introvert dan menjadi salah satu sebab dia bertindak begitu dengan menunjukkan situasi sunyi dalam panggung tersebut di akaun TikToknya. “Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat,” tulisnya sebagai kapsyen. Susulan itu, perkongsian Madammu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet menerusi ruangan komennya. “Bestnya jadi Madam. “Membazir tu amalan siapa sis? “Sebelum kaya boleh je tengok wayang ramai-ramai… lepas kaya tetiba introvert… kejap lagi mesti kena serang dengan pentaksub. “Kan better beli gold class @ platinum ticker,” tulis warganet.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.