Man Raja Lawak bengang bila ada yang cakap dia buat bariatrik, tak sangka rupanya ini rahsia dia boleh kurus

PELAWAK Man Raja Lawak memberitahu dia tidak pernah melakukan sebarang operasi untuk menurunkan berat badan. Kata Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, dia lebih selesa melakukan senaman dan mengawal pemakanan berbanding membuat pembedahan bariatrik atau potong usus untuk kurus. “Bila baca komen warganet siapa sahaja tidak sakit hati, saya bertungkus lumus jalan kaki satu jam kadang-kadang malam pun jalan lagi satu jam. “Kalau kata nak kurus bukannya mudah… bila kita potong usus tu duit satu hal lepas itu tak original, bagi saya baik kurus secara asli.

“Saya jalan kaki dan bersenam, pada masa sama minum produk kesihatan untuk kawal selera makan sahaja,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.