Ramai lagi yang tak tahu rupanya makan nasi sejuk lebih elok berbanding makan nasi panas

KALAU sudah namanya tekak Melayu, pasti nasi merupakan menu yang wajib dijamah setiap hari. Makan nasi panas bersama lauk yang ‘simple’ pun sudah cukup membuatkan kita bertambah-tambah tanpa sedar. Namun tahukah anda, nasi adalah sejenis makanan yang memiliki Indeks Glisemik yang sederhana tinggi terutamanya yang panas dan baru dimasak? Indeks Glisemik (GI) adalah rujukan yang digunakan untuk mengukur berapa banyak makanan tertentu meningkatkan kadar gula dalam drh.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), makanan indeks glisemik yang tinggi menyebabkan paras gula dalam drh meningkat secara mendadak. Oleh itu, kaedah untuk mengurangkan Indeks Glisemik nasi adalah dengan menyimpan nasi dalam peti sejuk seharian atau sekitar 20 jam sebelum dipanaskan semula dan dimakan. Proses ini meningkatkan kandungan kanji rintang dan menyebabkan ia lambat dicerna dan kurang kenaikan mendadak paras gula dalam drh. Sementara itu, portal HelloDoktor turut mendedahkan kebaikan nasi sejuk terutama kepada penghidap diabetes, sebagaimana satu kajian para penyelidik daripada Universitas Indonesia pada 2015.

Menurut kajian tersebut, nasi sejuk mempunyai kandungan kanji degil (resistant starch) yang lebih tinggi berbanding nasi panas. Untuk pengetahuan anda, kanji degil ini merupakan sejenis serat yang tidak boleh dicerna oleh usus kecil di mana ia akan bergerak terus ke bahagian usus besar untuk ditapai. Secara umumnya, tubuh akan mencerna kanji menjadi glukosa dan proses inilah yang menyebabkan paras gula drh meningkat.

Memandangkan tubuh tidak dapat mencerna jenis kanji degil ini, maka ia tidak akan berubah menjadi glukosa dan menyebabkan paras gula drh kekal stabil. Dengan kewujudan kanji degil ini, pengambilan nasi jenis sejuk sebenarnya boleh membantu penghidap diabetes untuk mengawal paras gula darah mereka. Namun begitu, perlu diketahui bahawa kandungan gula atau beban glisemik (GL) adalah sama. Jika makan banyak memang boleh menyebabkan kegemukan tidak kira nasi panas atau nasi sejuk.

Nasihat pemakanan yang lebih baik adalah dengan mengawal kuantiti nasi. Ingat, jangan makan terlalu banyak nasi sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran, protein dan lemak yang sihat. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.